LATAR BELAKANG DIALISIS
Putera Bistari Dialysis Centre di bawah naungan Family Medicare Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 1 November 2011. Dialisis ini ditubuhkan sebagai lanjutan dan membantu negara dalam memerlukan keperluan penjagaan menyeluruh dalam servis hemodialysis. Dialisis kami telah dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan dan mematuhi piawaan perubatan Kerajaan Malaysia, piawaan yang telah dinyataan oleh Akta Penjagaan Kesihatan 1998. Ia turut dipimpin oleh kumpulan perubatan yang profesional. Objektifnya adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan tahap penjagaan yang tinggi untuk pesakit penyakit buah pinggang yang kronik.
Pusat Dialisis ini terletak di Buloh Kasap, Segamat. Dengan adanya pusat dialisis ini di Buloh Kasap, ia dapat membantu dan memberi kemudahan kepada para pesakit terutamanya yang tinggal di kawasan Batu Anam, Jementah, Felda Pemanis, Felda Selancar, Felda Palong dan Pekan Jabi untuk menjalankan perkhidmatan dialisis. Putera Bistari mempunyai sumber yang diperlukan, ilmu pengetahuan tentang perkhidmatan dialisis, dan mempunyai kepakaran yang tiada tandingan dalam membina operasi dan membangunkan nilai di mana pusat dialisis ini dapat mengelak dari sebarang masalah yang akan dihadapi. Pihak dialisis juga menyedari bahawa para pesakit akan meluangkan masa di tempat rawatan setiap minggu. Dengan itu, pihak dialisis menyediakan perkhidmatan yang selesa untuk para pesakit dan juga para perwaris. Dengan menyediakan ruang selesa iaitu menyediakan Wi-fi untuk melayari laman social, Astro untuk ruang menunggu dan juga ruang menunggu untuk pewaris pesakit dan suasana yang ceria dan gembira supaya para pesakit tidak mengalami sebarang gangguan masalah dari segi tekanan ataupun tidak selesa semasa menjalankan rawatan dialisis.
Selain itu juga, pusat dialisis kami menyediakan peralatan rawatan terkini dengan mengikut peredaran rawatan teknologi terkini. Mempunyai staf yang terlatih dalam perkhidmatan penjagaan buah pinggang yang komprehensif bagi memastikan rawatan dialisis terbaik untuk pesakit ESRD. Dan yang paling penting ialah di Putera Bistari Dialisis, ahli Nefrologi akan melakukan tindakan lanjut untuk setiap tiga bulan. Pesakit akan menerima rawatan dan nasihat terbaik daripada doktor pakar kami.
Semasa melakukan peninjaun setiap dialisis yang ada di Segamat, kebanyakkannya tempat di kawasan Hospital Besar Segamat. Untuk pesakit yang tinggal di kawasan Buloh Kasap, Felda Selancar dan lain-lain, bagi mereka untuk melakukan rawatan dialisis di bandar amat jauh untuk mereka. Ia mengambil jarak lebih dari 20 km untuk ke tempat rawatan. Walaupun, pusat dialisis ini telah wujud 6 tahun yang lalu, setiap para pesakit perlu menunggu sekurang-kurangnya satu bulan untuk mendapatkan slot rawatan untuk menjalani rawatan dialisis. Dengan, adanya Putera Bistari Dialysis Centre, ia dapat mengurangkan beban pesakit yang baru dalam menjalani rawatan dan juga menyediakan perkhidmatan mengambil para pesakit yang tidak mempunyai kemudahan untuk dapat ke pusat dialisis. Pada masa yang sama, pusat dialisis ini juga menyediakan peluang pekerjaan baru untuk para pelajar siswazah yang mencari pekerjaan dalam rawatan dialisis.
